Sabtu, 30 Oktober 2010

MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI


Salam satu Malaysia semua...

Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti biasa. Jika dilihat pada gambar di atas, pasti semua sudah dapat meneka apakah tajuk pembelajaran pada minggu terakhir ini.

Tarian singa merupakan tarian tradisi bagi masyarakat cina. Tarian singa ini juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri dimana setiap pergerakanya perlulah seiring walaupun digerakan oleh dua jasad yang berbeza. Pada pendapat saya tarian singa ini amat menarik dengan pergerakan dan muziknya yang bersemangat.

Syukur kepada Tuhan akhirnya, berkat usaha dan kerjasama semua kita dapat mengakhiri sesi pembelajaran dengan jayanya. Pasti ada diantara kita yang berasa lega kerana habis sudah bebanan kerja kita selama ini. Saya juga pada awalnya berfikir sebegitu, bilalah bebanan ini akan berakhir. Tetapi setelah memaluinya selama 14 minggu, ia bukan lah satu bebanan tetapi satu ilmu baru yang diberikan supaya kami lebih maju kehadapan. Pada awalnya memang sukar, saya mengeluh setiap hari, tetapi lama kelamaan perkara ini sudah menjadi rutin harian kami.

Kalau di ingatkan balik, pasti saya akan tersenyum kembali, bila teringat saat untuk menyiapkan tugasan. Sampai tak tidur malam buat blog, rasa mcm nk marah, bergaduh, tapi itu semua pengalaman yang kita terpaksa lalui sebagai seorang pelajar. Bagaimana jenuhnya kita hendak menyiapkan jurnal refleksi setiap minggu sedangkan kerja lain juga harus disiapkan. Itulah cabaran yang harus kita tempuhi. Tetapi ilmu yang diberikan, ilmu yang kita kongsi tidak dapat di beli di luar jika kita tidak mempelajari sekarang.

Saya juga berharap, pembelajaran seperti ini, hendaklah diteruskan di masa-masa akan datang. Kajian lapangan juga baik untuk diteruskan, kerana di situ para pelajar dapat melihat dan mengkaji sendiri tentang tajuk yang perlu di bentang. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dibuat juga hendaklah diteruskan, kerana bagi saya tidak ada yang kurang, sangat menarik. Dengan video-video yang menarik, ia nya mampu menarik minat para pelajar.

Pembentangan oleh para pelajar juga amat menarik untuk setiap minggu, cuma kadangkala ada yang terlebih waktu hingga menyebabkan kami terpaksa menghabiskan waktu kelas sedikit lewat. Mungkin selepas ini, En. boleh memastikan supaya setiap kumpulan tidak melebihi waktu sewaktu membuat pembentangan. Namun, maklumat-maklumat yang diberikan oleh setiap kumpulan sangat berguna untuk saya. Dengan kajian yang dibuat, semua pembentang berasa lebih yakin untuk memberi penerangan..Layak dapat markah penuh =)

Akhir kata, selamat berjaya kepada semua..kita akan berjumpa lagi di perperiksaan akhir ~ GOOD LUCK..Semoga segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat kita gunakan dengan sebaiknya kelak. Jutaan terima kasih En, Amran atas ilmu yang diberikan, jasamu akan terus di kenang =)

Mohon maaf atas segala kesalahan, jumpa lagi di lain masa...~

Syafiqa Khairudin..~~

11 ulasan:

SMP2252 FARAH on Oktober 30, 2010 7:34 PG berkata...

saya sokong, kita patut dapat markah penuh untk perbentangan kerana usaha gigih membuat kerja lapangan & penat lelah mengumpul maklumat.. hahaha..

~cikshue~ on Oktober 30, 2010 7:37 PG berkata...

saya juga turut sokong...~bagi kami dpt A Encik Amran~hehe

CHRISTINE on Oktober 30, 2010 8:01 PG berkata...

ulasan yang menarik...terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan kita... good luck to your exam and all my classmate...

syitahbuang on Oktober 30, 2010 5:58 PTG berkata...

semoga berjaya nur sayfiqa khairudin

Zulhilmi on Oktober 31, 2010 12:24 PG berkata...

good luck =)

RK_nisa on Oktober 31, 2010 2:20 PG berkata...

saya baru teringat kena masukkan tarian singa.aduh.mujur terbaca dari syafika.hehehe

syafiqa on Oktober 31, 2010 6:23 PG berkata...

hehe...takpe masih ade masa

RK_nisa on Oktober 31, 2010 7:23 PG berkata...

heheh..dah buat dah...nmpknya blog syafika sgt menbantu saya pada hari ni =)

~cikshue~ on Oktober 31, 2010 7:45 PG berkata...

good luck in final exam fiqa..~

Teoh Koh Sing on Oktober 31, 2010 8:55 PG berkata...

gambar yang menarik......good luck fiqa....

SMP2252 Holoahshin on Oktober 31, 2010 9:02 PG berkata...

i like this picture..
sebenarnya banyak lagi maklumat tentang tarian singa ini, selain itu ia juga sikit persamaan dengan tarian NAga~~

Catat Ulasan

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template