Sabtu, 30 Oktober 2010

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera, Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar kuliah kini sudah sampai ke minggu 12, terlalu banyak ilmu baru yang kami semua perolehi. Pada minggu ini sesi pembelajaran di teruskan lagi dengan satu lagi topik yang tidak pernah saya dengar sebelum ini iaitu Gendang 24 musim.

Pertama kali mendengarnya, saya mula tertanya-tanya, apa gendang 24 musim ni...apa yang terbayang di fikiran saya adalah orang bermain gendang. Terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.

Seni muzik ini bermula di Malaysia. Pengasasnya berketutunana Cina iaitu Encik Chen Wei Chong berasal dari Johor. Ilham penghasilan seni ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Musim utama iaitu Panas, Sejuk, Luruh dan Bunga dipecahkan kepada 24 bahagian lain. Para pemaian adalah terdiri daripada lelaki sahaja. Setakat ini tiada lagi pemain wanita yang menceburi bidang ini. Mereka akan memakai kostum lelaki Cina.

24 buah drum digunakan dikenali dengan nama gendang shigu yang digunakan dalam tarian singa. Gendang diperbuat dari kulit kerbau atau lembu. Dalam seni ini konsep Ji Qie diterapkan dalam seni muzik ini.

Satu lagu ilmu baru yang saya pelajari, nama nya sedikit pelik tetapi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempelajari seni budaya tidak kira bangsa ataupun agama.

3 ulasan:

bancha on Oktober 30, 2010 10:09 PTG berkata...

saya menyokong sememangnya kita rakyat Malaysia seharusnya mempelajari seni budaya dengan tidak mengira bangsa atau agama. Tapi apa yang menyebabkan hal ini sukar dicapai? Kadangkala dengan menghargainya sahaja kita dapat memartabatkan seni warisan ini.

RK_nisa on Oktober 31, 2010 7:33 PG berkata...

saya pun sokong jugak taw.hehehe

~cikshue~ on Oktober 31, 2010 7:46 PG berkata...

ada juga yang tidak mahu menghargai warisan yang kita junjung selama ini bancha..mereka lebih memartabatkan warisan luar berbanding warisan sendiri..

Catat Ulasan

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template