Sabtu, 30 Oktober 2010

MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI


Salam satu Malaysia semua...

Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti biasa. Jika dilihat pada gambar di atas, pasti semua sudah dapat meneka apakah tajuk pembelajaran pada minggu terakhir ini.

Tarian singa merupakan tarian tradisi bagi masyarakat cina. Tarian singa ini juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri dimana setiap pergerakanya perlulah seiring walaupun digerakan oleh dua jasad yang berbeza. Pada pendapat saya tarian singa ini amat menarik dengan pergerakan dan muziknya yang bersemangat.

Syukur kepada Tuhan akhirnya, berkat usaha dan kerjasama semua kita dapat mengakhiri sesi pembelajaran dengan jayanya. Pasti ada diantara kita yang berasa lega kerana habis sudah bebanan kerja kita selama ini. Saya juga pada awalnya berfikir sebegitu, bilalah bebanan ini akan berakhir. Tetapi setelah memaluinya selama 14 minggu, ia bukan lah satu bebanan tetapi satu ilmu baru yang diberikan supaya kami lebih maju kehadapan. Pada awalnya memang sukar, saya mengeluh setiap hari, tetapi lama kelamaan perkara ini sudah menjadi rutin harian kami.

Kalau di ingatkan balik, pasti saya akan tersenyum kembali, bila teringat saat untuk menyiapkan tugasan. Sampai tak tidur malam buat blog, rasa mcm nk marah, bergaduh, tapi itu semua pengalaman yang kita terpaksa lalui sebagai seorang pelajar. Bagaimana jenuhnya kita hendak menyiapkan jurnal refleksi setiap minggu sedangkan kerja lain juga harus disiapkan. Itulah cabaran yang harus kita tempuhi. Tetapi ilmu yang diberikan, ilmu yang kita kongsi tidak dapat di beli di luar jika kita tidak mempelajari sekarang.

Saya juga berharap, pembelajaran seperti ini, hendaklah diteruskan di masa-masa akan datang. Kajian lapangan juga baik untuk diteruskan, kerana di situ para pelajar dapat melihat dan mengkaji sendiri tentang tajuk yang perlu di bentang. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dibuat juga hendaklah diteruskan, kerana bagi saya tidak ada yang kurang, sangat menarik. Dengan video-video yang menarik, ia nya mampu menarik minat para pelajar.

Pembentangan oleh para pelajar juga amat menarik untuk setiap minggu, cuma kadangkala ada yang terlebih waktu hingga menyebabkan kami terpaksa menghabiskan waktu kelas sedikit lewat. Mungkin selepas ini, En. boleh memastikan supaya setiap kumpulan tidak melebihi waktu sewaktu membuat pembentangan. Namun, maklumat-maklumat yang diberikan oleh setiap kumpulan sangat berguna untuk saya. Dengan kajian yang dibuat, semua pembentang berasa lebih yakin untuk memberi penerangan..Layak dapat markah penuh =)

Akhir kata, selamat berjaya kepada semua..kita akan berjumpa lagi di perperiksaan akhir ~ GOOD LUCK..Semoga segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat kita gunakan dengan sebaiknya kelak. Jutaan terima kasih En, Amran atas ilmu yang diberikan, jasamu akan terus di kenang =)

Mohon maaf atas segala kesalahan, jumpa lagi di lain masa...~

Syafiqa Khairudin..~~

Teruskan Membaca...

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera, Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar kuliah kini sudah sampai ke minggu 12, terlalu banyak ilmu baru yang kami semua perolehi. Pada minggu ini sesi pembelajaran di teruskan lagi dengan satu lagi topik yang tidak pernah saya dengar sebelum ini iaitu Gendang 24 musim.

Pertama kali mendengarnya, saya mula tertanya-tanya, apa gendang 24 musim ni...apa yang terbayang di fikiran saya adalah orang bermain gendang. Terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.

Seni muzik ini bermula di Malaysia. Pengasasnya berketutunana Cina iaitu Encik Chen Wei Chong berasal dari Johor. Ilham penghasilan seni ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Musim utama iaitu Panas, Sejuk, Luruh dan Bunga dipecahkan kepada 24 bahagian lain. Para pemaian adalah terdiri daripada lelaki sahaja. Setakat ini tiada lagi pemain wanita yang menceburi bidang ini. Mereka akan memakai kostum lelaki Cina.

24 buah drum digunakan dikenali dengan nama gendang shigu yang digunakan dalam tarian singa. Gendang diperbuat dari kulit kerbau atau lembu. Dalam seni ini konsep Ji Qie diterapkan dalam seni muzik ini.

Satu lagu ilmu baru yang saya pelajari, nama nya sedikit pelik tetapi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempelajari seni budaya tidak kira bangsa ataupun agama.
Teruskan Membaca...

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI



ASSALAMUAILAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Kini tibalah masa bagi kumpulan terakhir untuk membuat pembentangan mengenai Wayang Kulit. Permulaan pembentangan begitu menarik perhatian saya, kerana kumpulan ini telah membuat persembahan wayang kulit secara Live. Saya amat teruja dengan demo tersebut kerana sebelum ini, saya memang tidak pernak melihat persembahan wayang kulit, ia sangat menyeronokkan dan lucu.

Terdapat 3 perbezaan yang terdapat dalam wayang kulit iaitu dari segi bentuk patung, muzik wayang kulit dan dalang. Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan. Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

Jenis-jenis wayang kulit:
  • Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat
Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
  • Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh
Jawa).
  • Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit
dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
  • Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).


Sehingga kini, Wayang kulit masih kekal dan wujud di Kelantan, kita sebagai warga muda hendaklah memastikan agar seni warisan ini kekal dan tak luput dek zaman.
Tahniah kepada kumpulan ini kerana telah menghasilkan tugasan yang menarik...
Teruskan Membaca...

Jumaat, 29 Oktober 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam satu Malaysia...

Pembentangan pada minggu ini tetap juga di teruskan walaupun semua masih berada dalam mood raya. Terdapat dua kumpulan yang akan membuat pembentangan iaitu ' NOBAT' dan 'ORKESTRA CINA MODEN'. Kedua-dua kumpulan telah memberi penerangan yang menarik dan telah memberikan ilmu baru kepada saya.

Apa yang saya faham tentang Nobat adalah muzik untuk raja, itu sahaja.Tetapi setelah mengikuti pembentangan oleh rakan-rakan saya mula faham, syarat dan peraturan Nobat ini sebenarnya. Tahniah kepada kumpulan ini yang telah mengorbankan waktu cuti mereka bagi memastikan mereka dapat memberikan imput yang berguna kepada kami semua. Apa yang menarik tentang Nobat adalah salah satu alat muziknya iaitu nafiri. Ini adalah kerana alat ini tiada dimainkan di mana-mana muzik tradisional lain kecuali nobat. Selain itu saya juga tertarik mengenai keturunan orang kalur. Keturunan ini sahaja yang boleh bermain nobat. Keturunan lelaki ini sahaja yang boleh dibenarkan untuk bermain Nobat. Nobat juga bukan sewenangnya boleh dimainkan. Ianya dimainkan apabila penghulu mendapat titah dari sultan untuk nobat dimainkan. Apabila pemain nobat hendak memainkan nobat mereka mestilah berpakaian rasmi.

Pembentangan diteruskan dengan Muzik Orkestra Cina Moden (OCM). Kumpulan ini juga banyak memberi imput baru kepada saya kerana sebelum ini, saya memang tidak mengetahui wujudnya orkestra cina Moden di Malaysia. Dengan penerangan dan kajian yang dibuat barulah saya ketahui OCM ini wujud di Malaysia dan bergerak di bawah persatuan mereka sendiri. OCM ini terkenal di Singapura. Dari segi alat muzik,Banyak alat muzik Cina yang telah diubahsuai daripada alat muzik tradisional seperti 'Diyinsheng' (Sheng bass besar) dan 'Zhongyin' (alto) serta 'Suona'.Untuk Orkestra Cina, perkusi adalah istilah yang merujuk kepada campuran alat muzik Barat dan China. Kebanyakan alat muzik OCM ini dipengahruhi dari Barat. OCMM atau hua yue tuan di Malaysia telah didokumentasikan oleh Tan Sooi Beng (1983). Seperti di China, orkestra ini dibuat dari campuran alat muzik Barat dan alat muzik tradisional Cina. Muziknya menggabungkan unsur polifoni barat dengan 'scale' melodi China.

Syabas kepada kedua-dua kumpulan kerana telah memberikan imput dan pengetahuan baru kepada kami. Semoga ilmu yang diberikan dapat saya gunakan untuk masa akan datang..TAHNIAH!!!!
Teruskan Membaca...

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya masuk ke kelas agak lewat sedikit pada minggu ini. Sesampainya di kelas, dekan fakulti, Dr Hassan bin Abdullah sudah berada di dalam kelas. Pada awalnya saya masih tertanya-tanya mengapa Dr dan beberapa orang staf berada di dalam kelas. Persoalan saya mula terjawab apabila saya melihat banyak alat-alat muzik traditional seperti rebab, tetawak, gendang ibu&anak, serunai dan lain-lain lagi juga berada di dalam kelas. Buat pertama kalinya saya melihat sendiri persembahan sebegitu. Ianya sangat menarik. Dekan juga banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu mereka membuat persembahan di merata tempat. Terdetik sejenak di fikiran saya, bila lah saya berpeluang membuat persembahan di merata dunia. Tentu banyak pengalaman yang diperolehi. Permulaan kuliah pada minggu ini begitu menarik perhatian saya.

Pembentangan tetap juga di teruskan dan topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan mak yong. Apa yang menariknya di awal pembentangan kami semua telah di ajar serba sedikit teknik tarian mak yong. Saya berasa begitu teruja walaupun agak kaku bila menari tarian tersebut, tetapi saya belajar sesuatu yang baru. Tahniah kepada pembentang kerana telah memulakan dengan teknik yang kretif dan dapat menarik perhatian kami semua. Sama seperti seni tradisional lain, Mak Yong telah mengalami pembaharuan mengikut arus kemodenan. Dari segi pakaian Mak Yong telah mengalami perubahan mengikut fesyen moden. Dari segi alat muzik pula, rebab memainkan peranan penting dan sangat dihormati. Ini dapat dibuktikan apabila permulaan tarian adalah dengan menghadap rebab.

Sekali lagi tahniah kepada kumpulan ini kerana telah membuat pembentangan yang menarik.. Mana tahu satu hari nnti saya boleh belajar secara serius tarian mak yong ini.. Syabas
Teruskan Membaca...

Jumaat, 3 September 2010

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, Salam sejahtera....

Pembentangan tetap diteruskan walaupun semua sudah berada dalam mood Raya=)...saya amat teruja untuk mendengar pembentangan pada minggu ini iaitu Menora. Secara jujurnya, saya memang tidak pernah mendengar atau mengetahui apa sebenarnya menora. Sebelum pembentangan ini, saya langsung tidak dapat menggambarkan bagaimanakah bentuk persembahan menora ini sebenarnya. Tetapi semua telah terjawab setelah saya mengikuti pembentangan ini oleh rakan-rakan saya sendiri.

Menora ini sebenarnya berasal dari Narathiwat. Menora thailand adalah berbeza dengan menora di Kelantan. Asal menora adalah berdasarkan cerita Puteri Sri Mala. Kini, Menora sangat aktiv di Tumpat dan Bachok, Kelantan.

Contoh penceritaan yang terdapat di dalam seni persembahan menora ialah:
  • Raja mempunyai seorang puteri
  • Puteri bermain permainan baru -Menora
  • Murka
  • Berkahwin
  • Putera Thep
  • Istana
  • Ajak Seri Mala
Watak-watak dalam menora ialah
  • Lelaki - 3 watak iaitu perwira, srikandi dan tok perang
  • watak Perempuan - oleh lelaki berambut panjang tetapi kini telah di ubah kepada perempuan sebenar.
  • Di Thailand tarian oleh perempuan sahaja tetapi di Kelantan Tarian oleh lelaki dan perempuan.
Menora dihasilkan melaui jalan ceritanya yang tersendiri dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia begitu menarik minat saya. Tahniah kepada rakan-rakan saya kerana telah turun ke UITM untuk bertemu sendiri dengan penggiat Menora. Apa yang lebih menarik mereka semua mampu menari tarian menora dengan baik, tahniah...

Diakhir pembentangan, kami telah dipertontonkan dengan satu video yang amat menarik. Mereka telah cuba untuk melakonkan sendiri watak-watak yang terdapat dalam menora dengan baik skali. Kami semua sangat teruja melihatnya..Tahniah m.i.n.d.a

Teruskan Membaca...

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, Salam sejahtera...

Alhamdulillah dapat lagi saya berkongsi pengalaman dan cerita sepanjang minggu ini. Pada minggu ini kami telah menjalankan pembentangan. Terdapat dua kumpulan yang akan membentangkan hasil kerja meraka. Salah satu daripada kumpulan tersebut adalah kumpulan saya yang membentangkan mengenai keroncong.

Walaupun sedikit berdebar kerana kami merupakan kumpulan pertama dan saya adalah pembentang pertama, tetapi alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar berkat usaha dan kerjasama kami semua dalam menyiapkan tugasan ini. Kerja kami sedikit ringin kerana di UPSI terdapat kumpulan keroncongnya sendiri yang merupakan senior kami di Fakulti Muzik. Ini banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan kami. Kami juga sudah sedikit terdedah mengenai muzik keroncong sebelum ini dan ini banyak membantu kami semasa pembentangan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Ribuan terima kasih diucapakan kepada En. Amran dan kumpulan keroncong UPSI kerana telah banyak membantu kami dalam menyipakan tugasan kami ini. Semoga apa yang kami hasilkan dapat membantu rakan-rakan lain dalam memahami dan mempelajari apa sebenarnya Keroncong.

Pembentangan diteruskan oleh kumpulan kedua yang membentangkan mengenai Kuda Kepang. Saya pernah menonton kuda kepang sebelum ini sewaktu saya belajar di Politeknik Johor Bahru, tetapi saya tidak berkesempatan untuk mempelajarinya. Bagi saya kuda kepang adalah satu seni yang harus dikekalkan. Walaupun ia banyak dipengaruhi oleh unsur2 spiritual tetapi tidak salah bagi saya jika seni ini terus dikekalkan sebagai satu persembahan.

Saya amat tertarik dengan pembentangan kumpulan ini kerana meraka telah turun sendiri ke Batu Pahat untuk mengkaji sendiri tentang kuda kepang. Ia merupakan suatu pengalaman yang menarik. Dengan maklumat-maklumat yang dikongsikan barulah saya fahami apakah sebenarnya kuda kepang dan ia patutlah dikekalkan supaya seni ini tak lapuk dihujan tak lekang dek panas.

Tahniah kepada semua pembentang. Supaya apa yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua.... Tidak sabar untuk mendengar pembentangan Manora=)
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kumpulan A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    3 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    3 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    3 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    3 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    3 tahun yang lalu
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    3 tahun yang lalu
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    3 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    4 tahun yang lalu
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIA...
    4 tahun yang lalu
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    4 tahun yang lalu

Blog pelajar kumpulan B

  • JURNAL MINGGU KE-14 - Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya dimainka...
    3 tahun yang lalu
  • refleksi jurnal : minggu ke 14 - Salam Lembaran minggu ke 14 Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
    3 tahun yang lalu
  • MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN - Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah Mu...
    3 tahun yang lalu
  • Minggu 13 : Jurnal Refleksi - Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini, tajuk yan...
    3 tahun yang lalu
  • MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL - Assalamualaikum w.t.b… Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
    3 tahun yang lalu
  • MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI - Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan akhir. ...
    3 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS - Salam Sejahtera.. Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
    3 tahun yang lalu
  • MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI - Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog... Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini m...
    3 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI KE-14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14 di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
    3 tahun yang lalu
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    4 tahun yang lalu
  • Minggu 6: Jurnal Refleksi - Salam Warisan & Salam 1 Malaysia... (^_^) Di Ruangan Ini Bertemu Lagi, Untuk Melengkapkan Jurnal Refleksi, Makyung & Kompang Kuliah Kali Ini, Persemba...
    4 tahun yang lalu
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    4 tahun yang lalu

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template