Jumaat, 29 Oktober 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya masuk ke kelas agak lewat sedikit pada minggu ini. Sesampainya di kelas, dekan fakulti, Dr Hassan bin Abdullah sudah berada di dalam kelas. Pada awalnya saya masih tertanya-tanya mengapa Dr dan beberapa orang staf berada di dalam kelas. Persoalan saya mula terjawab apabila saya melihat banyak alat-alat muzik traditional seperti rebab, tetawak, gendang ibu&anak, serunai dan lain-lain lagi juga berada di dalam kelas. Buat pertama kalinya saya melihat sendiri persembahan sebegitu. Ianya sangat menarik. Dekan juga banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu mereka membuat persembahan di merata tempat. Terdetik sejenak di fikiran saya, bila lah saya berpeluang membuat persembahan di merata dunia. Tentu banyak pengalaman yang diperolehi. Permulaan kuliah pada minggu ini begitu menarik perhatian saya.

Pembentangan tetap juga di teruskan dan topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan mak yong. Apa yang menariknya di awal pembentangan kami semua telah di ajar serba sedikit teknik tarian mak yong. Saya berasa begitu teruja walaupun agak kaku bila menari tarian tersebut, tetapi saya belajar sesuatu yang baru. Tahniah kepada pembentang kerana telah memulakan dengan teknik yang kretif dan dapat menarik perhatian kami semua. Sama seperti seni tradisional lain, Mak Yong telah mengalami pembaharuan mengikut arus kemodenan. Dari segi pakaian Mak Yong telah mengalami perubahan mengikut fesyen moden. Dari segi alat muzik pula, rebab memainkan peranan penting dan sangat dihormati. Ini dapat dibuktikan apabila permulaan tarian adalah dengan menghadap rebab.

Sekali lagi tahniah kepada kumpulan ini kerana telah membuat pembentangan yang menarik.. Mana tahu satu hari nnti saya boleh belajar secara serius tarian mak yong ini.. Syabas

3 ulasan:

~cikshue~ on Oktober 29, 2010 10:50 PTG berkata...

Masuk lewat ke kelas tidak baik untuk anda..=)

bancha on Oktober 30, 2010 10:06 PTG berkata...

Memang Mak yong telah mengalami proses permodenan namun apakah yang membawa kepada proses ini?

~cikshue~ on Oktober 31, 2010 7:50 PG berkata...

sila jawab saudari fiqa~saya juga tertanya2 mengenainya..

Catat Ulasan

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template