Assalamualaikum, salam satu Malaysia...
Pembentangan pada minggu ini tetap juga di teruskan walaupun semua masih berada dalam mood raya. Terdapat dua kumpulan yang akan membuat pembentangan iaitu ' NOBAT' dan 'ORKESTRA CINA MODEN'. Kedua-dua kumpulan telah memberi penerangan yang menarik dan telah memberikan ilmu baru kepada saya.
Apa yang saya faham tentang Nobat adalah muzik untuk raja, itu sahaja.Tetapi setelah mengikuti pembentangan oleh rakan-rakan saya mula faham, syarat dan peraturan Nobat ini sebenarnya. Tahniah kepada kumpulan ini yang telah mengorbankan waktu cuti mereka bagi memastikan mereka dapat memberikan imput yang berguna kepada kami semua. Apa yang menarik tentang Nobat adalah salah satu alat muziknya iaitu nafiri. Ini adalah kerana alat ini tiada dimainkan di mana-mana muzik tradisional lain kecuali nobat. Selain itu saya juga tertarik mengenai keturunan orang kalur. Keturunan ini sahaja yang boleh bermain nobat. Keturunan lelaki ini sahaja yang boleh dibenarkan untuk bermain Nobat. Nobat juga bukan sewenangnya boleh dimainkan. Ianya dimainkan apabila penghulu mendapat titah dari sultan untuk nobat dimainkan. Apabila pemain nobat hendak memainkan nobat mereka mestilah berpakaian rasmi.
Pembentangan diteruskan dengan Muzik Orkestra Cina Moden (OCM). Kumpulan ini juga banyak memberi imput baru kepada saya kerana sebelum ini, saya memang tidak mengetahui wujudnya orkestra cina Moden di Malaysia. Dengan penerangan dan kajian yang dibuat barulah saya ketahui OCM ini wujud di Malaysia dan bergerak di bawah persatuan mereka sendiri. OCM ini terkenal di Singapura. Dari segi alat muzik,Banyak alat muzik Cina yang telah diubahsuai daripada alat muzik tradisional seperti 'Diyinsheng' (Sheng bass besar) dan 'Zhongyin' (alto) serta 'Suona'.Untuk Orkestra Cina, perkusi adalah istilah yang merujuk kepada campuran alat muzik Barat dan China. Kebanyakan alat muzik OCM ini dipengahruhi dari Barat. OCMM atau hua yue tuan di Malaysia telah didokumentasikan oleh Tan Sooi Beng (1983). Seperti di China, orkestra ini dibuat dari campuran alat muzik Barat dan alat muzik tradisional Cina. Muziknya menggabungkan unsur polifoni barat dengan 'scale' melodi China.
Syabas kepada kedua-dua kumpulan kerana telah memberikan imput dan pengetahuan baru kepada kami. Semoga ilmu yang diberikan dapat saya gunakan untuk masa akan datang..TAHNIAH!!!!
4 ulasan:
tahniah syafiqa kerana berjaya menyiapkan jurnal anda...ulasan yang bagus
terima kasih aisya..begitu juga anda
Tahniah kerana dapat memahami apa yang disampaikan. Alangkah bagusnya jika anda mempunyai apa-apa yang masih menjadi persoalan.
betul tu bancha..~kami cuba berikan penerangan yang ringkas supaya mudah untuk difahami..~
Catat Ulasan