ASSALAMUAILAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....
Kini tibalah masa bagi kumpulan terakhir untuk membuat pembentangan mengenai Wayang Kulit. Permulaan pembentangan begitu menarik perhatian saya, kerana kumpulan ini telah membuat persembahan wayang kulit secara Live. Saya amat teruja dengan demo tersebut kerana sebelum ini, saya memang tidak pernak melihat persembahan wayang kulit, ia sangat menyeronokkan dan lucu.
Terdapat 3 perbezaan yang terdapat dalam wayang kulit iaitu dari segi bentuk patung, muzik wayang kulit dan dalang. Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan. Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.
Jenis-jenis wayang kulit:
- Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat
Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
- Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh
Jawa).
- Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit
dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
- Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).
Sehingga kini, Wayang kulit masih kekal dan wujud di Kelantan, kita sebagai warga muda hendaklah memastikan agar seni warisan ini kekal dan tak luput dek zaman.
Tahniah kepada kumpulan ini kerana telah menghasilkan tugasan yang menarik...
1 ulasan:
saya menyokong bahawa kita sebagai warga muda harus memastikan agar seni warisan ini kekal dan tak luput ditelan dek zaman...~
Catat Ulasan