Ahad, 8 Ogos 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI


Salam satu Malaysia...

Minggu lalu kami telah mempelajari salah satu daripada kesenian yang ada di Malaysia iaitu Wayang kulit. Sebelum ini saya hanya mengetahui wayang kulit hanya berada di kelantan sahaja, tetapi sangkaan saya silap. Saya juga menyangka wayang kulit ini sesuatu yang membosankan, tetapi sangkaan saya juga silap, rupanya wayang kulit adalah satu kesenian yang menghiburkan dan menyeronokkan. Ia bagaikan sesuatu yang baru bagi saya kini.. Rasanya jika ada peluang mahu saja saya menontonnya secara live.

Fokus utama bagi pelajaran pada minggu ini ialah tentang jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Di awal kelas, kami telah di tayangkan dengan beberapa video yang berunsurkan bayang-bayang iaitu shadow land. Apa yang menarik minat saya ialah video-video tersebut mendapat inspirasi daripada wayang kulit. Sesuatu yang amat mengkagumkan saya.

Kuliah diteruskan dengan muzik wayang kulit. Terdapat 5 bahagian yang penting dalam muzik wayang kulit iaitu seni muzik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis / ukir. Lebih dari 35 lagu mesti di hafal oleh dalang dan panjaknya. Di ulang semula hafal, tiada score =).
Dalang juga mestilah berkebolehan untuk melakonkan pelbagai watak seperti watak sedih, takut, sayang, garang dan bermacam-macam lagi. Kesabaran dan kemahiran yang tinggi di perlukan untuk menghasilkan patung wayang.




Contoh Patung wayang kulit


Terdapat 4 jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia iaitu
  1. wayang kulit jawa
  2. wayang gedek
  3. wayang kulit melayu
  4. wayang kulit kelantan
Wayang kulit jawa berasal dari Indonesia dan dikenali juga sebagai wayang purwa. Ia nya dipersembahkan oleh orang berketurunan jawa di Johor dan Selangor. Saya sebagai anak jati negeri Johor sendiri baru mengetahui yang wayang kulit wujud di Johor. Iringan muzik yang di gunakan ialah gamelan jawa. Kelainan yang terdapat dalam wayang kulit jawa ialah kedua-dua sendi patung wayang jawa ini boleh bergerak berbanding patung wayang yang lain.

wayang gedek pula berasal daripada Utara semenanjung Malaysia iaitu perlis dan kedah. Ia nya berasal dari Thailand dan menggunakan bahasa campuran Thai dan tempatan. Alat muzik yang digunakan ialah serunai, kesi kecil, canang, cing, geduk dan gedombak.

seterusnya ialah wayang kulit melayu. Wayang kulit melayu ini juga banyak di pengaruhi oleh wayang kulit purwa dari Indonesia, cuma alat muziknya sahaja yang berbeza. Alat muzik yang di gunakan ialah rebab, gendang ibu dan anak, mong, canang, kesi dan gong.

Teater rakyat yang sangat popular di kalangan masyarakat kini ialah wayang kulit kelantan. Bahasa yang digunakan ialah dialek melayu kelantan yang mempamerkan pengaruh patani. Watak pak dogol dan wak long adalah watak peran. Alat muzik yang di gunakan pula ialah tetawak, canang, kesi. gendang, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek.

Kini sama-samalah kita mengenalpasti perbezaan yang terdapat pada setiap wayang kulit yang ada di Malaysia. Masing-masing mempunyai keistimewaannya yang sendiri.

~periharalah seni warisan negara~

2 ulasan:

CHRISTINE on Ogos 09, 2010 12:29 PG berkata...

mari kita sama-sama perihara seni warisan negara!!!

SMP2252redzuan on Ogos 09, 2010 11:00 PG berkata...

peliharalah warisan negara...siapa lagi kalau bkn rakyat malaysia..:)

Catat Ulasan

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template