Kelas pada minggu ini jatuh pada hari pertama puasa. Walaupon pon agak keletihan tetapi kelas tetap di jalankan seperti biasa. Topik yang dipelajari pada minggu ini sangat menarik iaitu gamelan dan caklempong. Pada minggu ini mungkin pelajarannya sedikit mudah kepada kami pelajar muzik kerana kami pernah mempelajarinya sebelum ini. Tetapi, bagi saya masih banyak yang harus saya pelajari dah ketahui kerana pelajaran kali ini berbentuk teori.
Objektif kuliah kami pada minggu ini terbahagi dua iaitu untuk gamelan dan caklempong. Objektif untuk gamelan ialah sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Bagi caklempong pula, sasaran kuliah pada minggu ini ialah sejarah caklempong, alat muzik caklempong dan sistem tonal, melodi, bentuk dan irama. Fokus harus diberikan kerana pada minggu ini kita akan mempelajari tentang dua alat yang berbeza.
Pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan apa itu gamelan. Gamelan sebenarnya berasal dari jawa. Gamelan itu sendiri membawa maksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau di pukul.
Gamelan terbahagi kepada dua iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa.
Gamelan melayu dikenali juga sabagai gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Mengikut sejarah, ikatan perkahwinan diantara keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari negeri Pahang yang menyebabkan gamelan berpindah ke Terengganu. Ia adalah untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (Terengganu) dan Tengku Mariam (Pahang). Di sinilah bermulanya identiti Muzik Gamelan Melayu dan jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru, instrumentasi dan melodi.
Walaupon saya pernah mempelajari gamelan sebelum ini, tetapi banyak perkataan baru yang baru saya dengar dan pelajari contohnya gatra yang membawa maksud bar. Antara alat muzik yang terdapat pada gamelan melayu ialah
- gong ageng
- gong suwuk
- kenong
- saron barung dan peking
- Gambang
- gendang
Gamelan jawa pula berasal dari Pulau Jawa Tengah. Gamelan jawa dimainkan untuk mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana. Alat muzik gamelan jawa adalah lebih banyak berbanding gamelan melayu. Peralatannya mengandungi 9 alat iaitu
- gendang
- bonang/keromong
- demung
- saron barung
- saron penerus/pekin
- gambang
- kenong
- kempol
- gong
Caklempong juga dikenali sebagai telempong, tak lempong atau talempong. Ia berasal dari Minangkabau. Muzik ini banyak mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramian juga dalam tarian randai.
Alat muzik caklempong terdiri daripada
- gereteh- 15 biji bonang yang disusun dalam C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan.
- tingkah- Terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D
- Sauwa/saua- 8 biji bonang, bentuknya sama sahaja dengan caklempong tingkah.
- Gendang ibu dan anak - terdapat dalam 2 saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak.
- Bangsi- berbentuk seperti rekorder. diperbuat daripada buluh dengan & lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh.
- Serunai- terdiri daripada pupuik gadang dan pupuik tanduk.
Diakhir kelas kami telah dibawa ke bilik gamelan untuk merasai sendiri bagaimana cara untuk bermain gamelan. Bagi saya ianya suatu yang menarik kerana dapat menambah ilmu yang sedia ada dan juga dapat membantu rakan-rakan yang lain bermian gamelan. Bagi pelajar jurusan lain, walaupon kali permata bermain gamelan, tetapi mereka semua dapat bermain dengan baik walaupon pada jangka masa yang sangat singkat. Tahniah buat mereka....~
0 ulasan:
Catat Ulasan