Sabtu, 21 Ogos 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Ramadhan....

Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik sudah minggu ke-6 kami mempelajari tentang muzik traditional Malaysia. Banyak yang kami telah pelajari dan banyak juga yang kami tidak ketahui. Tetapi semuanya telah terjawab apabila saya belajar selama enam minggu ini.

Pada minggu ini, tajuk yang kami pelajari ialah tentang makyung dan kompang. Objektif kuliah pada minggu ini ialah tentang sejarah makyung dan kompang, persembahan dan alat muzik dan muzik makyung dan kompang.

Pelajaran dimulakan dengan mempelajari tentang makyung. Sebelum ini saya hanya mengetahui makyung adalah satu tarian traditional yang kebiasaannya terdapat di Kelantan. Saya tidak begitu terdedah dengan tarian ini malah tidak pernah menontonnya sebelum ini. Selepas kuliah, apa yang saya fahami makyung adalah satu bentuk seni lakon bukanlah tarian yang saya fahami sebelum ini. Makyung merupakan bentuk Seni lakon yang sangat kuno. Ia mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan keperluan dramatik yang berbeza. Makyung juga mengutamakan diolog, tarian, muzik vocal dan instrumental.

Makyung sebenarnya berasal dari Patani dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medam dan kepulauan Riau Linggan di Indonesia. Persembahan makyung mempunyai dua tujuan samada untuk tujuan ritual atau tujuan persembahan. Cerita asal mak yung bertajuk Dewa muda. Pada abad ke 20 peranan utama dipegang oleh wanita. Lagu di dalam makyung di bahagikan kepada tiga iaitu
  • Mengadap Rebab
  • Kijang Mas
  • Lagu sindung
Mengadap Rebab merupakan lagu terpanjang dan mengiringi nyanyian dan tarian pak yung. Ia juga adalah semangat kepada makyung. Kijang mas pula adalah lagu selepas mengadap rebab. Dinyanyikan oleh kumpulan korus dalam keadaan gembira. Lagu sindung pula dinyanyikan oleh pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.






Alat muzik utama dalam makyung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Alat tambahan ialah seperti serunai, geduk dan canai. Rebab berfungsi untuk memainkan melodi utama. Ia adalah dalam kategori kordofon. B
erbadan kayu berbentuk segi tiga. Bonggol kecil dipanggill SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan. Ia dikawal oleh tetawak. Iramanye pula menggunkan 4 timbre iaitu pak,duh, cak, ting. Hampir semua lagu makyung bertempo perlahan. Kini barulah saya faham makyung sebenarnaya bukanlah hanya tarian semata-mata tetapi adalah satu seni lakon yang mempunyai jalan cerita.
Mesti seronok jika saya dapat menonton persemba
han makyung secara live..bile agaknya.......=)

Seterusnya pelajaran diteruskan dengan topik ke 2 iaitu Kompang. Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat. Ia juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia pula ia dipanggil terbang atau rebana.
Fungsinya bagi masyarakat melayu ialah untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, maulidulrasul atau berkhatan. Bagi masyarakat sosial kini adalah untuk menyambut ketibaan pemimpin atau acara rasmi.

Terdapat beberapa jenis permainan kompang. Antaranya ialah
  • kompang hadrah (negeri perak)
  • kompang johor / jawa
  • kompang Eizhar (Negeri Selangor)
  • kompang kelalang (Negeri Melaka )
Kompang juga boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz yang ada ialah
  • 30 cm 12 tahun dan ke bawah
  • 32.5 cm 13 dan 14 tahun
  • 35 cm 15 dan 16 tahun
  • 37.5 cm dan 40 cm orang dewasa
Terdapat beberapa rentak dalam kompang iaitu inang asas, masri asas dan asli asas.

Di akhir kelas, kami semua dapat merasai sendiri bagaimana bermain kompang. Mungkin bagi pelajar muzik ia bukanlah sesuatu yang baru, tapi bagi saya ia adalah satu pengalaman yang baru. Saya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kepada rakan-rakan lain. Sangat menyeronokkan....



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template