Sabtu, 21 Ogos 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Ramadhan....

Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik sudah minggu ke-6 kami mempelajari tentang muzik traditional Malaysia. Banyak yang kami telah pelajari dan banyak juga yang kami tidak ketahui. Tetapi semuanya telah terjawab apabila saya belajar selama enam minggu ini.

Pada minggu ini, tajuk yang kami pelajari ialah tentang makyung dan kompang. Objektif kuliah pada minggu ini ialah tentang sejarah makyung dan kompang, persembahan dan alat muzik dan muzik makyung dan kompang.

Pelajaran dimulakan dengan mempelajari tentang makyung. Sebelum ini saya hanya mengetahui makyung adalah satu tarian traditional yang kebiasaannya terdapat di Kelantan. Saya tidak begitu terdedah dengan tarian ini malah tidak pernah menontonnya sebelum ini. Selepas kuliah, apa yang saya fahami makyung adalah satu bentuk seni lakon bukanlah tarian yang saya fahami sebelum ini. Makyung merupakan bentuk Seni lakon yang sangat kuno. Ia mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan keperluan dramatik yang berbeza. Makyung juga mengutamakan diolog, tarian, muzik vocal dan instrumental.

Makyung sebenarnya berasal dari Patani dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medam dan kepulauan Riau Linggan di Indonesia. Persembahan makyung mempunyai dua tujuan samada untuk tujuan ritual atau tujuan persembahan. Cerita asal mak yung bertajuk Dewa muda. Pada abad ke 20 peranan utama dipegang oleh wanita. Lagu di dalam makyung di bahagikan kepada tiga iaitu
  • Mengadap Rebab
  • Kijang Mas
  • Lagu sindung
Mengadap Rebab merupakan lagu terpanjang dan mengiringi nyanyian dan tarian pak yung. Ia juga adalah semangat kepada makyung. Kijang mas pula adalah lagu selepas mengadap rebab. Dinyanyikan oleh kumpulan korus dalam keadaan gembira. Lagu sindung pula dinyanyikan oleh pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.






Alat muzik utama dalam makyung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Alat tambahan ialah seperti serunai, geduk dan canai. Rebab berfungsi untuk memainkan melodi utama. Ia adalah dalam kategori kordofon. B
erbadan kayu berbentuk segi tiga. Bonggol kecil dipanggill SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan. Ia dikawal oleh tetawak. Iramanye pula menggunkan 4 timbre iaitu pak,duh, cak, ting. Hampir semua lagu makyung bertempo perlahan. Kini barulah saya faham makyung sebenarnaya bukanlah hanya tarian semata-mata tetapi adalah satu seni lakon yang mempunyai jalan cerita.
Mesti seronok jika saya dapat menonton persemba
han makyung secara live..bile agaknya.......=)

Seterusnya pelajaran diteruskan dengan topik ke 2 iaitu Kompang. Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat. Ia juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia pula ia dipanggil terbang atau rebana.
Fungsinya bagi masyarakat melayu ialah untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, maulidulrasul atau berkhatan. Bagi masyarakat sosial kini adalah untuk menyambut ketibaan pemimpin atau acara rasmi.

Terdapat beberapa jenis permainan kompang. Antaranya ialah
  • kompang hadrah (negeri perak)
  • kompang johor / jawa
  • kompang Eizhar (Negeri Selangor)
  • kompang kelalang (Negeri Melaka )
Kompang juga boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz yang ada ialah
  • 30 cm 12 tahun dan ke bawah
  • 32.5 cm 13 dan 14 tahun
  • 35 cm 15 dan 16 tahun
  • 37.5 cm dan 40 cm orang dewasa
Terdapat beberapa rentak dalam kompang iaitu inang asas, masri asas dan asli asas.

Di akhir kelas, kami semua dapat merasai sendiri bagaimana bermain kompang. Mungkin bagi pelajar muzik ia bukanlah sesuatu yang baru, tapi bagi saya ia adalah satu pengalaman yang baru. Saya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kepada rakan-rakan lain. Sangat menyeronokkan....



Teruskan Membaca...

Jumaat, 13 Ogos 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum, Salam sejahtera....
Kelas pada minggu ini jatuh pada hari pertama puasa. Walaupon pon agak keletihan tetapi kelas tetap di jalankan seperti biasa. Topik yang dipelajari pada minggu ini sangat menarik iaitu gamelan dan caklempong. Pada minggu ini mungkin pelajarannya sedikit mudah kepada kami pelajar muzik kerana kami pernah mempelajarinya sebelum ini. Tetapi, bagi saya masih banyak yang harus saya pelajari dah ketahui kerana pelajaran kali ini berbentuk teori.

Objektif kuliah kami pada minggu ini terbahagi dua iaitu untuk gamelan dan caklempong. Objektif untuk gamelan ialah sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Bagi caklempong pula, sasaran kuliah pada minggu ini ialah sejarah caklempong, alat muzik caklempong dan sistem tonal, melodi, bentuk dan irama. Fokus harus diberikan kerana pada minggu ini kita akan mempelajari tentang dua alat yang berbeza.

Pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan apa itu gamelan. Gamelan sebenarnya berasal dari jawa. Gamelan itu sendiri membawa maksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau di pukul.


Gamelan terbahagi kepada dua iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa.
Gamelan melayu dikenali juga sabagai gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Mengikut sejarah, ikatan perkahwinan diantara keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari negeri Pahang yang menyebabkan gamelan berpindah ke Terengganu. Ia adalah untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (Terengganu) dan Tengku Mariam (Pahang). Di sinilah bermulanya identiti Muzik Gamelan Melayu dan jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru, instrumentasi dan melodi.

Walaupon saya pernah mempelajari gamelan sebelum ini, tetapi banyak perkataan baru yang baru saya dengar dan pelajari contohnya gatra yang membawa maksud bar. Antara alat muzik yang terdapat pada gamelan melayu ialah
  • gong ageng
  • gong suwuk
  • kenong
  • saron barung dan peking
  • Gambang
  • gendang
Gamelan jawa pula berasal dari Pulau Jawa Tengah. Gamelan jawa dimainkan untuk mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana. Alat muzik gamelan jawa adalah lebih banyak berbanding gamelan melayu. Peralatannya mengandungi 9 alat iaitu
  • gendang
  • bonang/keromong
  • demung
  • saron barung
  • saron penerus/pekin
  • gambang
  • kenong
  • kempol
  • gong


Caklempong juga dikenali sebagai telempong, tak lempong atau talempong. Ia berasal dari Minangkabau. Muzik ini banyak mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramian juga dalam tarian randai.

Alat muzik caklempong terdiri daripada
  • gereteh- 15 biji bonang yang disusun dalam C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan.
  • tingkah- Terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D
  • Sauwa/saua- 8 biji bonang, bentuknya sama sahaja dengan caklempong tingkah.
  • Gendang ibu dan anak - terdapat dalam 2 saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak.
  • Bangsi- berbentuk seperti rekorder. diperbuat daripada buluh dengan & lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh.
  • Serunai- terdiri daripada pupuik gadang dan pupuik tanduk.
Diakhir kelas kami telah dibawa ke bilik gamelan untuk merasai sendiri bagaimana cara untuk bermain gamelan. Bagi saya ianya suatu yang menarik kerana dapat menambah ilmu yang sedia ada dan juga dapat membantu rakan-rakan yang lain bermian gamelan. Bagi pelajar jurusan lain, walaupon kali permata bermain gamelan, tetapi mereka semua dapat bermain dengan baik walaupon pada jangka masa yang sangat singkat. Tahniah buat mereka....~
Teruskan Membaca...

Ahad, 8 Ogos 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI


Salam satu Malaysia...

Minggu lalu kami telah mempelajari salah satu daripada kesenian yang ada di Malaysia iaitu Wayang kulit. Sebelum ini saya hanya mengetahui wayang kulit hanya berada di kelantan sahaja, tetapi sangkaan saya silap. Saya juga menyangka wayang kulit ini sesuatu yang membosankan, tetapi sangkaan saya juga silap, rupanya wayang kulit adalah satu kesenian yang menghiburkan dan menyeronokkan. Ia bagaikan sesuatu yang baru bagi saya kini.. Rasanya jika ada peluang mahu saja saya menontonnya secara live.

Fokus utama bagi pelajaran pada minggu ini ialah tentang jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Di awal kelas, kami telah di tayangkan dengan beberapa video yang berunsurkan bayang-bayang iaitu shadow land. Apa yang menarik minat saya ialah video-video tersebut mendapat inspirasi daripada wayang kulit. Sesuatu yang amat mengkagumkan saya.

Kuliah diteruskan dengan muzik wayang kulit. Terdapat 5 bahagian yang penting dalam muzik wayang kulit iaitu seni muzik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis / ukir. Lebih dari 35 lagu mesti di hafal oleh dalang dan panjaknya. Di ulang semula hafal, tiada score =).
Dalang juga mestilah berkebolehan untuk melakonkan pelbagai watak seperti watak sedih, takut, sayang, garang dan bermacam-macam lagi. Kesabaran dan kemahiran yang tinggi di perlukan untuk menghasilkan patung wayang.




Contoh Patung wayang kulit


Terdapat 4 jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia iaitu
  1. wayang kulit jawa
  2. wayang gedek
  3. wayang kulit melayu
  4. wayang kulit kelantan
Wayang kulit jawa berasal dari Indonesia dan dikenali juga sebagai wayang purwa. Ia nya dipersembahkan oleh orang berketurunan jawa di Johor dan Selangor. Saya sebagai anak jati negeri Johor sendiri baru mengetahui yang wayang kulit wujud di Johor. Iringan muzik yang di gunakan ialah gamelan jawa. Kelainan yang terdapat dalam wayang kulit jawa ialah kedua-dua sendi patung wayang jawa ini boleh bergerak berbanding patung wayang yang lain.

wayang gedek pula berasal daripada Utara semenanjung Malaysia iaitu perlis dan kedah. Ia nya berasal dari Thailand dan menggunakan bahasa campuran Thai dan tempatan. Alat muzik yang digunakan ialah serunai, kesi kecil, canang, cing, geduk dan gedombak.

seterusnya ialah wayang kulit melayu. Wayang kulit melayu ini juga banyak di pengaruhi oleh wayang kulit purwa dari Indonesia, cuma alat muziknya sahaja yang berbeza. Alat muzik yang di gunakan ialah rebab, gendang ibu dan anak, mong, canang, kesi dan gong.

Teater rakyat yang sangat popular di kalangan masyarakat kini ialah wayang kulit kelantan. Bahasa yang digunakan ialah dialek melayu kelantan yang mempamerkan pengaruh patani. Watak pak dogol dan wak long adalah watak peran. Alat muzik yang di gunakan pula ialah tetawak, canang, kesi. gendang, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek.

Kini sama-samalah kita mengenalpasti perbezaan yang terdapat pada setiap wayang kulit yang ada di Malaysia. Masing-masing mempunyai keistimewaannya yang sendiri.

~periharalah seni warisan negara~
Teruskan Membaca...

Ahad, 1 Ogos 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Terasa pantas masa berlalu, sudah sampai minggu ketiga kita mempelajari tentang Muzik Tradisional Malaysia. Setiap minggu ada sahaja perkara baru yang kami pelajari. Ia membuatkan saya semakin teruja!=)
Pada minggu ketiga ini, kami telah mempelajari tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia, kategori muzik tradisional malaysia dan ciri-ciri muzik traditional malaysia.

Kuliah kali ini di adakan di bilik Brassband kerana hendak menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. kuliah di mulakan dengan topik perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Dua istilah baru yang saya pelajari ialah adaptational dan idiosyncratic. Adaptational ialah penyesuaian. penyesuaian yang di maksudkan ialah dari segi bentuk atau gaya persembahan itu sendiri. contoh yang terdekat ialah Ghazal. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis ghazal, antaranya ghazal phati dari utara dan ghazal Johor dari Johor. walaupun kedua-duanya adalah ghazal tetapi ianya di persembahkan dengan cara dan gaya yang berlainan mengikut negeri.
Idiosyncratic pula ialah gaya atau cara tersendiri. apa yang saya faham ialah contohnya gambus berasal dari timur tengah dan kemudian berhijrah ke dunia melayu pada abad ke 14, walaupun berasal dari timur tengah, tetapi kita cuba menyesuaikannya dengan cara dan adat kita di sini.

seterusnya ialah klasifikasi alat muzik. terdapat 3 klasifikasi alat muzik iaitu:
  • perkusi
  • bertali
  • tiupan
tiupan terbahagi 2 iaitu tiup kayu dan brass. kategori alat muzik ini sering saya dengar terutamanya di dalam Wind Okestra.

kuliah diteruskan dengan ciri-ciri muzik tradisional. Barulah saya ketahui sebenarnya terdapat 2 jenis tradisi muzik iaitu tradisi besar (istana / klasik) dan tradisi kecil (budaya rakyat). ia di pecahkan kepada 4 kategori utama iaitu muzik rakyat, klasik, sinkretik dan kontemp.

Terdapat 6 ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular, dan esembel lain. Jika sebelum ini saya tidak pernah dengar mengenai mekmulung dan randai, tetapi setelah mempelajarinya saya mula mengenali apa itu sebenarnya mekmulung dan randai. terima kasih encik..
















~ bersedia untuk topik minggu ke 4 : MUZIK WAYANG KULIT ~
menarik!


Teruskan Membaca...

Sabtu, 24 Julai 2010

MINGGU 2 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu ke 2, 21 Julai 2010. Pada kuliah ini saya telah mempelajari soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat dan konsep/ struktur. Di awal kuliah saya telah di minta untuk mendengar secara terperinci (critical listening) dengan bunyi-bunyi di sekeliling. Ini bertujuan supaya kami lebih fokus dalam mengenali sesuatu bunyi. Muzik bukan hanya melibatkan pendengaran malah melibatkan tumpuan yang sangat tinggi. Sebelum ini, saya tidak mengetahui istilah sounscape ini tetapi setelah mengikuti kuliah ini barulah saya fahami apa itu soundscape dan mula menerapkannya dalam kehidipan terutamanya ketika mendengar muzik.

seterusnya budaya muzik. bagi saya budaya muzik ini adalah bergantung kepada muzik yang biasa di mainkan oleh orang melayu, tetapi setelah saya mengikuti kuliah ini, saya dapati budaya muzik ini adalah menyeluruh tidak kira bangsa. saya juga dapati bahawa muzik juga terhasil dari adat-adat setiap bangsa yang ada.

kemudian perjalanan kuliah di teruskan dengan tajuk sejarah. Sebelum saya mengikuti kuliah ini saya hanya tahu budaya muzik di Malaysia ini hanya di pengaruhi oleh muzik dari Indonesia sahaja, namun setelah mengikuti kuliah ini saya dapati muzik traditional Malaysia sebenarnya telah wujud dari zaman Proto Melayu, Deutro Melayu, Animisme, Kerajaan Srivijaya dan Majapahit. kemudian muncul pula pedagang-pedagang dari arab, hindu, Thailand, Indonesia, Barat dan lain-lain. kerana inilah wujudnya pelbagai muzik di Malaysia ini yang di pengaruhi oleh pengaruh luar. contohnya zapin adalah pengaruh dari pedagang arab. saya juga ada menyelitkan video tarian zapin yang disertai oleh saya sewaktu saya menuntut di Politeknik Johor Bahru.




kuliah diteruskan lagi dengan tajuk kategori muzik. terdapat empat kategori muzik iaitu kordofon, aerofon, idiofon dan membranofon. saya sudah pon mengetahui serba sedikit mengenai kategori alat muzik ini kerana saya adalah pelajar muzik dan saya telah mempelajarinya terlebih dahulu. tetapi masih ada alat-alat muzik traditional lain yang saya masih belum dapat kenalpasti kategorinya malah banyak lagi alat-alat muzik traditional yang saya tidak ketahui. saya berharap dengan mengikuti kelas ini saya dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut dan jelas.

struktur atau konsep muzik terbahagi kepada 6 iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Bagi saya tidak sukar untuk saya memahami struktur atau konsep muzik ini kerana saya telah mempelajarinya sebelum ini. sebenarnya, banyak yang saya pelajari tentang muzik selepas saya menyambung pelajaran dalam bidang muzik dan dengan mengikuti kuliah ini, saya lebih memahami dan mengingati serba sedikit tentang struktur dan konsep muzik. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mempelajari kuliah yang seterusnya.

Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat mempelajari lebih mendalam lagi tentang muzik traditional Malaysia. saya hanya sempat mempelajari tarian zapin sebelum ini, tetapi setelah mengikuti kuliah ini barulah saya sedar bahawa banyak sebenarnya lagi seni muzik traditional yang belum saya ketahui contohnya Rodat dan Dabus. jika di beri kesempatan saya ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam. Saya berharap kelas ini dapat membantu saya.

sekian, terima kasih.

Teruskan Membaca...

Khamis, 15 Julai 2010

BIODATA

Nama

NUR SYAFIQA BINTI MD KHAIRUDIN

No Matriks

D20082033691

Program

Pendidikan Muzik

Kumpulan

C

Semester

Empat(4) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

fiqakhairudin@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252syafiqa.blogspot.com

Negeri Asal

Batu Pahat, Johor

Foto

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SYAFIQA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template